Kad tugasan


Kad tugasan (task cards) ialah satu set kad yang mempunyai tugasan (soalan) untuk perlu diselesaikan oleh pelajar. Ia merupakan alternatif yang berkesan untuk lembaran kerja pelajar yang mungkin kelihatan membosankan pada masa-masa tertentu Kad tugasan ini juga membolehkan pelajar menjadi independent learner dan guru boleh menggunakannya dalam pelbagai cara di dalam proses PdP. Kebiasaanya, tugasan yang diberikan pada kad tugasan adalah pada aras pengetahuan dan kefahaman. Ia adalah salah satu daripada bahan bantu mengajar (BBM) yang kami dapati sangat berkesan sebagai salah satu teknik penilaian formatif.
Kad tugasan ini boleh digunakan dengan pelbagai cara. Kami menggunakannya secara individu, berpasangan, dengan kumpulan kecil, atau sebagai aktiviti untuk keseluruhan kelas.
task card dilaminasi supaya boleh digunakan berulang kali
contoh kertas jawapan pelajar

No comments:

Post a Comment