Kaedah pelaksanaan task card
- Sebanyak 56 set task cards disediakan oleh pensyarah di mana soalan digubal mengikut aras pengetahuan dan kefahaman. Kesemua task card dicetak berwarna dan dilaminasi supaya boleh digunakan berulang kali.
- Satu set kad jawapan disediakan sebagai rujukan pensyarah dan pelajar.
- Student's recording sheet atau lembaran kerja pelajar disediakan bagi memudahkan pelajar mengisi jawapan pendek dan ringkas semasa penilaian dijalankan
- Setiap kad tugasan disusun mengikut stesen yang telah ditetapkan.
- Setiap pelajar diberikan recording sheet dan pen untuk mencatat jawapan sebelum aktiviti dimulakan
- Semasa aktiviti sedang dijalankan, setiap pelajar melengkapkan kad tugasan dengan menulis jawapan mengikut nombor kad di atas recording sheet masing-masing.
- Selepas 45 saat, pensyarah menyebut ‘SCOOT’ dan pelajar dengan secepat mungkin bangun dan meninggalkan stesen mereka , membawa recording sheet bersama untuk ke stesen seterusnya untuk menyelesaikan kad tugasan seterusnya.
- Pusingan berterusan sehingga kesemua kad telah terjawab.
- Pensyarah memberikan jawapan dan menyemak bersama-sama pelajar.
Cara 1: Card mobile
- Setiap pelajar duduk dalam bulatan
- Setiap pelajar diberikan recording sheet dan pen untuk mencatat jawapan sebelum aktiviti dimulakan.
- Semasa aktiviti sedang dijalankan, setiap pelajar melengkapkan kad tugasan dengan menulis jawapan mengikut nombor kad di atas recording sheet masing-masing
- Selepas 45 saat, pensyarah menyebut ‘SCOOT’ dan pelajar dengan secepat mungkin menyerahkan kad kepada pelajar disebelah dan menerima kad yang lain seterusnya ( mengikut pusingan jam)
- Pusingan berterusan sehingga kesemua kad telah terjawab
- Pensyarah memberikan jawapan dan menyemak bersama-sama pelajar.
No comments:
Post a Comment