Pengenalan



PENGGUNAAN KAD TUGASAN SEBAGAI SATU TEKNIK PENILAIAN FORMATIF DALAM TOPIK “MOLECULES OF LIFE”


Nur Ul-Huda Binti Mohd Asmoni
Sarah Nabila Bt Md Sallehuddin Khan

UNIT BIOLOGI, KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

Penyoalan secara lisan, latihan, lembaran kerja dan kerja rumah adalah antara teknik penilaian formatif yang menjadi amalan biasa pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Namun begitu kesemua teknik di atas boleh dianggap membosankan dan terlalu biasa. Oleh itu, kad tugasan adalah pilihan yang baik untuk mengukuhkan kemahiran, menawarkan pengayaan baru dan boleh digunakan berulang kali. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan kad tugasan sebagai satu teknik penilaian formatif dalam topik ‘Molecules of Life’ di peringkat matrikulasi. Seramai 60 orang pelajar dari Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT) terlibat dalam kajian ini. Rekabentuk kajian ini adalah secara kuantitatif dan kualitatif. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui temubual dengan pelajar. Hasil tinjauan mendapati kebanyakan pelajar merasa terbeban dan tertekan dengan teknik penilaian yang menjadi amalan biasa dalam sistem pendidikan. Tindakan difokuskan kepada penggunaan kad tugasan dalam penilaian topik ‘Molecules of Life’. Teknik ini dijalankan semasa sesi ‘workshop’ selama satu jam. Soal selidik diberikan kepada rsponden selepas teknik ini berakhir . Segala data yang diperolehi daripada soala selidik dianalisis dengan perisian SPSS. Dapatan soal selidik mendapati 95% pelajar lebih seronok dan kurang tertekan dinilai dengan teknik ini berbanding kaedah konvensional.

  a) Menguji keberkesanan penggunaan kad tugasan sebagai satu teknik penilaian   formatif
 b) Untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan kad tugasan sebagai satu teknik penilaian formatif

Pelajar modul 1 dan 3 Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT) 
Kolej Matrikulasi Selangor




No comments:

Post a Comment